Monday, November 17, 2014

Apa itu keterampilan membaca?

DEFINISI MEMBACA
          Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca ( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain. Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka tersebut.
TEORI MEMBACA
1.   Teori Membaca secara automatik
·         La Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Antara lain, teori ini juga mengatakan bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika berlakunya pembacaan. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca.
·         Selain itu, model ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik secara dengan latihan yang dijalankan. Pembaca yang mempunyai kemahiran membaca automatik lebih berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan akan mudah memahami pembacaan. Oleh itu, pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.
2.   Teori kecekapan Verbal
·         Teori ini diperkenalkan oleh Perfetti  ( 1985, 1988 ). Teori ini menekankan kemahiran membaca dengan meluaskan dengan memperluaskan proses pentafsiran kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan juga terlibat dalam penguasaan bahasa.
·         Menurut teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Pembaca yang mempunyai efisien yang tinggi dalam kecekapan verbal mempunyai perhatian yang banyak dan sumber ingatan bagi rujukan.
·         Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.
3.   Teori memindahkan maklumat
·         Teori ini dikemukakan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough ( 1985). Mereka mengatakan bahawa teori ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif yang bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka juga mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks bertujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melaksanakan proses ini, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
·         Teori ini juga berpendapat bahawa aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Kemahiran ini biasanya dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.
BELAJAR MEMBACA
Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :
1)  Membaca bebas
·         Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru
·         Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.
·         Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca buku tersebut.
2)  Membaca secara berkoperatif
·         Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
·         Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa yang telah mereka baca
·         Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti membaca secara berkoperatif:
i)            Meninjau dan menaakul
ii)          Membaca lantang dan senyap
iii)         Meringkas dan bertindak balas
3)  Membaca dengan panduan guru
·         Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar melakukan pembacaan senyap  dan seterusnya bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.
·         Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah dibaca
·         Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah.
·         Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit
4)  Berkongsi membaca
·         Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia
·         Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan dan sebagainya
·         Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi model kepada pelajar yang kurang mahir membaca
5)  Membaca lantang
·         Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama
·         Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar
·         Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal bacaan
·         Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang, pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.
MASALAH DALAM MEMBACA
APAKAH YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA ?
·         Faktor fizikal
1)  PENGLIHATAN
Simptom/ tanda yang menyebabkan ketidakupayaan membaca:
·            Juling
·            Rabun dekat
·            Rabun jauh
·            Astigmatism
·            Amblyopiks
2)  PERSEPSI PENGLIHATAN
Berikut merupakan symptom pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru:
·         Perkara kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna. Contoh: musik menjadi msuki
·         Huruf atau perkataan menjadi terbalik. Contoh: huruf b menjadi d
·         Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar
·         Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin
·         Pelajar tidak dapat membezakan suku kata
3)  PENDENGARAN ( AUDITORI)
Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah dalam belajar membaca. Antara masalah pendengaran yang biasanya berlaku ialah:
·         Masalah membezakan bunyi vocal dan konsonan
·         Kerencatan pendengaran sementara- boleh dirawat dengan rawatan biasa  seperti pembersihan lubang telinga/ antibiotic
·         Kerencatan kekal- perlu rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau rawatan kekal.
4)  PERTUTURAN
Masalah perturan:
·         Kecelaruan bunyi bahasa
·         Nada yang tidak menentu
·         Pertuturan spastik
                      Punca:
· Masalah emosi
· Kelewatan pertumbuhan
· Kurang pendengaran
· Pertumbuhan kerongkong tidak lengkap
· Sumbing
· Kecederaan otak/ sebahagian otak
·         Faktor  Neurologikal (berkaitan sistem saraf manusia)
1)  KEROSAKAN OTAK
Punca:
·            Kecedaraan
·            Penyakit
·            Kesan bahan toksik pada otak
·            Semulajadi sejak lahir
2)  NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI
·    Bahagian otak tidak dapat berkembang sepenuhnya
·    Bahagian otak tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan
·   Hyperlexia – seorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal
3)  FAKTOR KETURUNAN
·      Kembar seiras
·      Latar belakang keluarga yang tidak tahu membaca
·      Pengaruh persekitaran dalam keluarga
4)  FAKTOR EMOSI
·            Tekanan
·            Rasa rendah diri
·            Kecewa
·            Malas
·            Gangguan emosi
5)  FAKTOR SOSIOEKONOMI
·           Status sosioekonomi yang rendah menyebabkan kanak-kanak mempunyai pencapaian dalam membaca yang rendah
·           Keturunan kaum dan perbezaan budaya
Pemilihan bahan bacaan
Terdapat dua jenis bahan bacaan yang boleh dipilih oleh pelajar, antaranya:
     i.        Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
   ii.        Bahan yang menarik minat pelajar.
i.             Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
·         Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiap bahan tersebut agar dapat menarik minat pelajar dan perlu memberi panduan terhadap pemilihan bahan bacaan pelajar. Hal ini kerana, kadang-kala bahan yang dipilih oleh pelajar telah terlalu lama digunakan dan mungkin tidak lagi terdapat di pasaran serta kalau ada pun mungkin sudah tidak sesuai dengan perkembangan pelajar pada masa kini.
·         Manakala bagi pelajar di tahap satu pula, bahan yang menggunakan ayat yang berulang-ulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf bercetak seperti dalam buku cerita.
·         Bahan bag kanak-kanak pula, memerlukan banyak penggunaan perkataan yang berirama supaya mudah dibaca.
·         Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, hari bulan, dan nama bulan juga akan dapat membantu pelajar.
ii.           Bahan yang menarik minat pelajar
·         Peringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Bahan yang mempunyai ilustrasi yang menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan daya imaginasi pelajar yang membacanya.
·         Pada peringkat menengah, bahan dapat menarik minat pelajar pula merupakan bahan yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan yang berkualiti, sebagai contoh bahan kesusasteraan perlulah mempunyai susunan cerita yang rapi, watak yang pelbagai dan sebagainya.
·         Guru juga berperanan dalam memilih atau menapis apakah bahan yang boleh dibincangkan di dalam kelas dan pelajar juga akan memilih bahan yang mereka gemar berdasarkan kemampuan dan minat mereka.
Pendekatan dalam pengajaran membaca.
Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:
     i.        Intertekstualiti
Pendekatan ini telah dibincangkan dan digunakan dalam mengatur strategi bagi membantu pembaca memahami bahan bacaannya. Definisi yang dikemukakan oleh ahli teori dan kritikan kesusasteraan seperti Kristeva(1969), Derrida (1972) dan Hartman (1995), terhadap perkataan intertekstualiti adalah mudah tetapi memerlukan penghuraian yang kompleks bagi menjelaskan maksud yang lengkap. Intertekstualiti ini terbahagi kepada tiga iaitu:
a)   Endogenous utama
Pembaca akan mencari petanda yang dapat membantu mereka memahami teks dengan lebih mudah. Rujukan boleh dibuat secara songsang iaitu merujuk pada bahagian tengah atau akhir teks bagi memahami maksud teks yang masih samar pada bahagian awalnya.
b)   Endogenous kedua
Rujukan antara bahan dalam mata pelajaran lain atau jenis bahan bacaan lain seperti akhbar, majalah internet dan sebagainya merupakan sumber untuk melakukan proses intertekstualiti ini. Pelajar juga kerap dilatih untuk merujuk bahan berkaitan bagi mendapatkan kepastian terhadap maksud teks sedang dibacanya, mendapatkan maklumat tambahan bagi menjelaskan, mencirikan dan sebagainya dalam proses membaca.
c)   Eksogenius
Tugas melakukan interstualiti tidak sukar tapi amat berat jika tidak mendapat latihan yang kerap. Latihan juga harus dilakukan secara sedar iaitu mereka faham bahawa mereka sedang melakukan sesuatu proses daripada kategori interksetualiti yang dinyatakan. Kecekapan seseorang pelajar melakukan proses tersebut secara sedar akan menambah keupayaannya untuk memahami bahan bacaan dan dapat menggunakan bahan serta dapat menggunakan bahan lebih berkesan. Latihan yang kerap juga menjadikan para pelajar lebih cekap dan mahir untuk membuat intertekstualiti.
   ii.        Pendekatan Membaca Asas
·         Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan.
·         Penambahan perkara yang pernah diajar dalam pengajaran membaca akan dapat membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.
·         Pendekatan ini memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata kerana guru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa.
·         Prinsip pendekatan membaca asas:
1.   Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran.
2.   Pengajaran perkembangan kemahiran
3.   Membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secara senyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan.
  iii.        Pendekatan membaca individu
·         Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam bacaan individu.
·         Pendekatan ini juga mementingkan pemilihan bacaan oleh pelajar yang dapat dikaitkan dengan minat, keperluan dan keupayaan untuk membaca.
·         Antara tujuan pendekatan ini adalah:
1.   Dapat menarik minat pelajar dan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti yang bernilai dalam kehidupan.
2.   Mengembangkan kemahiran membaca yang luas dengan memilih kata yang mudah.
3.   Menambahkan keupayaan pelajar dalam memahami dan menilai keupayaan membaca.
  iv.        Pendekatan Teknologikal
·         Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaran yang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Selain itu, pendekatan ini juga dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti tentang kebenarannya.
·          Objektif dalam sistem membaca:
1.   Program berdasarkan kriteria
2.   Membaca berdasarkan kecekapan
3.   Sistem pengurusan kemahiran
4.   Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.

No comments:

Post a Comment