Salah satu kemahiran yang penting di dalam pembelajaran ialah kemahiran
membaca. Membaca sahaja tidak mencukupi bagi seseorang pelajar. Mereka
sepatutnya boleh membaca dengan baik dan yang penting sekali, dapat memahami
isi kandungan bahan bacaan mereka.
Ada pelbagai teknik dan pendekatan untuk membantu
pelajar menggarap pemahaman yang tinggi semasa mereka membaca. Salah satu
daripada teknik ini ialah teknik K-W-L.
Teknik K-W-L (Know-Want-Learned),
diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Ia bertujuan untuk membantu
pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. Secara ringkasnya K-W-L bermaksud:
Abjad "W" mewakili "WHAT I
WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu"
Abjad "L" mewakili "LEARNED"
atau "Apa yang pelajar sudah pelajari"
Bagaimanakah kita boleh gunakan teknik K-W-L ini
di kelas? Berikut adalah cadangan perlaksanaan:
Langkah 1: KNOW
1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi
sumbang saran atau brainstorming tentang apa jua maklumat yang
pelajar tahu mengenai topik perbincangan.
2. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek
Sejarah di bawah tajuk "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu".
Topik pada hari itu pula ialah " kedatangan Jepun". Pelajar akan
menulis seberapa banyak idea yang mungkin di atas lembaran kerja K-W-L.
Bantulah pelajar menjana idea juga dengan memberi hint atau
bayangan sepatutnya.
3. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk
memudahkan mereka mengekstrak pengetahuan sedia ada tentang faktor kedatangan
jepun. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan senaraikan isi dan fakta
mengenai faktor kedatangan Jepun. Contoh Ekonomi, Politik dan Sosial.
4. Anggaplah langkah ini sebagai inventori
pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan bertindak sebagai perancah (scaffold)
untuk menyokong maklumat baru yang akan pelajar diterima.
Langkah 2 : WANT
1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja
yang mereka ingin tahu tentang Jepun. Jika pelajar menghadapi masalah, guru
akan berikan sedikit hint atau bayangan.
2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras
rendah. Soalan-soalan sebegini mengandungi "apa", "siapa",
"bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana bermulanya
serangan Jepun?", "Apakah strategi yang digunakan?" dan
"Bila Jepun mula menjajah?"
3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras
tinggi dan lebih kompleks. Contohnya ‘’mengapa berbasikal dipilih oleh tentera
Jepun untuk memasuki Tanah Melayu?"
1. Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja
untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi selepas membaca teks atau selepas
guru mengajar tentang topik itu.
2. Pelajar juga akan kembali ke KNOW.
Mereka diminta untuk melihat kembali fakta yang tidak betul dan memerlukan
pembetulan.
Nota untuk guru:
1. Untuk membolehkan pelajar menambahkan fakta yang
sedia ada, guru boleh meminta pelajar untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil.
Setiap kumpulan diberi pula masa beberapa minit untuk melakukan sumbang saran
dan berbincang untuk percambahan dan penjanaan idea. Guru pula memainkan
peranan sebagai pemudah cara untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan
lebih kritis dan kreatif!
2. Jika guru merasakan bahawa pelajar tidak
mempunyai pengetahuan latar belakang dan menghadapi masalah mengisi ruang KNOW,
janganlah anda gusar. Apabila kita minta pelajar untuk mengisikan ruang KNOW,
kita menggalakkan pelajar memikirkan tentang sesuatu yang mereka sudah tahu.
Kita juga telah melakukan inventori dan akan dapat sekilas pandangan tentang
apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka tidak tahu mengenai topik berkenaan.
Aktiviti ini juga bertindak sebagai satu "cangkuk" untuk maklumat
baru diperkenalkan.
3. Kadang-kadang, ada juga pelajar yang tidak tahu
apa-apa atau apa yang mereka tahu adalah salah. Secara amnya, semua pelajar
mempunyai sedikit maklumat latar belakang atau sedikit pengetahuan tentang
sesuatu subjek itu. Sebagai guru, kita perlu tahu kandungan subjek dengan
secukupnya sebelum memulakan P&P. Jadi secara semula jadinya, kita sudah
bersedia tentang apa yang kita minta pelajar isikan dalam ruang KNOW.
4. Kadang-kadang juga, guru menghadapi masalah di
mana pelajar mengisi pelbagai soalan pada ruang WANT. Ada pula
pelajar yang akan mencadangkan semua jenis soalan untuk apa sahaja yang mereka
ingin tahu. Pada tahap sekolah rendah, kita galakkan sahaja perasaan ingin tahu
mereka. Ini adalah lebih baik daripada pelajar yang mungkin akan menulis,
"Tiada apa-apa yang saya ingin ketahui!"
5. Saya cadangkan guru untuk menggunakan WANT untuk
menulis apa yang mereka fikir mereka akan belajar (WANT = WILL LEARN).
Ini akan menggalakkan pelajar mengamalkan kemahiran meramal. Kemahiran ini
memang asas kepada pembacaan teks yang lebih efektif.
Dalam proses
pembelajaran, guru memberikan sebuah topik, kemudian ditanyakan secara lisan
kepada pelajar apa yang mereka tahu tentang topik yang diberikan. Semua jawapan
pelajar dituliskan pada ruang K. Pertanyaan selanjutnya iaitu apa yang ingin
mereka pelajari tentang topic dan semua jawapan pelajar ditulis pada ruang W.
Kemudian pelajar diminta membaca bahan yang dimaksudkan untuk hari itu.
Kemudian guru menggali tentang apa yang telah mereka pelajari dan menulisnya
pada ruang L.




No comments:
Post a Comment